Friday, May 1, 2009

HARI KELUARGA 2009

PROGRAM HARI KELUARGA YSL 2009

Tarikh : 7 June 2009

Tempat : Bukit Keluang Besut Terengganu.

Masa : 07:00 AM – bertolak dari Padang Tembesu

: 10:00 AM – 01:00 PM – Acara sebelah pagi.

: 02:30 PM – 04:30 PM – Acara sebelah petang.

: 05:00 PM – bertolak pulang.

PENDAHULUAN

Merupakan program dwi tahunan bagi kelendar aktiviti Yayasan Sulaiman Leng YSL yang telah diputuskan pada Mesyuarat Agung tahunan. Mesyuarat susulan juga telah diadakan pada hari Raya Haji 9 Dec 2008 ( Rumah Pak Su Gi ) dan mesyuarat AJK pada 12 Dec 2008 bertempat di rumah Cikgu Hashim Kg Kelong.

OBKEKTIF

Pada mesyuarat susulan Hari Keluarga YSL 2009 pada 9 Dec 2008, ahli-ahli bersetuju agar hari keluarga tahun 2009 nanti diadakan secara santai dan program Bersama Remaja ditangguhkan pada tahun berikutnya 2010 memandangkan masa yang terhad dan jarak yang agak jauh.

Pada mesyuarat AJK 12 Dec 2008, AJK bersetuju agar masa permainan dipendekkan dengan kaedah kumpulan diwujudkan agar semua kategori umur dapat mengambil bahagian.

KEDAH PEMBAHAGIAN KUMPULAN

AJK telah bersetuju agar pembahagian kumpulan adalah seperti berikut:

Lelaki

10 orang ahli untuk setiap kumpulan yang merangkumi semua kategori umur termasuk Warga Emas dengan diketuai oleh seorang Penghulu. Setiap acara hanya memerlukan 7 orang ahli dengan pembahagian wajib adalah 1 orang warga emas (wakil), 2 orang dewasa, 2 orang remaja dan 2 orang kanak-kanak.

Warga Emas – 1

Dewasa – 3

Remaja – 3

Kanak-kanak (7 – 12 thn) – 3

Perempuan

7 orang ahli untuk setiap kumpulan yang merangkumi semua kategori umur termasuk Warga Emas dengan diketuai oleh seorang Penghulu.

Warga Emas – 1

Dewasa – 2

Remaja – 2

Kanak-kanak (7 – 12 thn) – 2

Warna baju hari keluarga akan mengikut warna umur/kategori yang akan ditentukan oleh AJK penyelaras baju.

Untuk acara pada sebelah pagi – Ahli dalam kumpulan adalah campuran semua kelurga.

Untuk acara pada sebelah petang – Ahli kumpulan mengikut keluarga Warga Emas.

ACARA SUKANEKA

Setiap acara hanya melibatkan 7 orang ahli setiap kumpulan. Penghulu akan menentukan penglibatan ahli-ahli mereka agar semua ahli dapat mengambil bahagian.

Acara Sebelah Pagi

1) Tiup Belon (Lelaki/Perempuan).

2) Tiup Tepung – tepung akan ditambah untuk setiap larian. (Lelaki/Perempuan).

3) Bawa Bola Emas bergilir-gilir - (Lelaki/Perempuan).

4) Lari dalam Guni bergilir-gilir - (Lelaki/Perempuan).

5) Kerbau belaga – Terbuka lelaki.

6) Rebut kerusi – Terbuka perempuan.

7) Rebut gula-gula – Kanak-kanak bawah 6 tahun.

Acara Sebelah Petang.

1) Istana Pasir – penyertaan adalah mengikut kumpulan keluarga warga emas. Markah diberikan oleh 2 orang wakil dari setiap kumpulan yang lain.

2) Cari Harta Karun – Gabungan 3 keluarga warga emas. ‘Harta Utama’ disimpan oleh beberapa wakil AJK.

ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH

Acara berkumpulan lelaki/perempuan – 8 acara

7 x 3 x 8 = 168 x RM 7 = RM 1176

Acara terbuka lelaki/perempuan – 2 acara

3 x 2 x RM 7 = RM 42

Acara keluarga – 2 acara

Acara 1 - 18 keluarga x RM 30 = RM 540.

Acara 2 – 3 keluarga x RM 30 (satu pemenang)= RM 90.

NAMA-NAMA PENGHULU

Lelaki

1) Pok Su Gi

2) Pok Me Ciku

3) Pok Me Cek Dam

4) Khabri

5) Jusoh Kedai

6) Azman Kutan

7) Azmi Su Kelong

8) Din Milah

9) Pak Do Zimo

10) Zahari Manaf

Perempuan

1) Ani Jusoh

2) Ida Kelong

3) Milah Din

4) Mok Ti Ciku

5) Kak Long Azman Kutan

6) Jariah

7) Kak We Inie

8) Su Kelong

9) Mok Ti Hamid

10) Bidah Nasir

11) Siti Zura

12) Mazlina Su

13) Farah

PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA HARI KELUARGA

AJK telah bersetuju agar peraduan mencipta tema hari keluarga 2009 di buka kepada semua ahli dengan hadiah menarik akan diberikan kepada seorang pemenang yang kreatif. Tema yang dikemukan tidak lebih dari 5 perkataan. Pemenang akan ditentukan oleh panel yang dilantik dan adalah muktmad. Tarik tutup adalah sebelum 31 Mei 2009.


*** Sebarang komen dari ahli-ahli di ucapkan ribuan terimaaksih***