Tuesday, December 1, 2009

PENGENALAN



YAYASAN SULAIMAN LENG ( YSL ).

Persatuan Yayasan Sulaiman Leng ( YSL ) ini merupakan persatuan yang telah diwujudkan atas inisiatif dua keluarga utama iaitu keluarga Sulaiman ( Pak Do Leman ) dan Salim ( Cek Leng ). YSL secara rasminya telah diwujudkan pada tahun 1996 dengan mesyuarat pertamanya telah di adakan pada malam Hari Raya Ketiga bertempat di rumah Cek Dam/Mok Minah. Bermula daripada itu YSL secara rasminya menjadi persatuan bagi merapatkan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga utama tersebut.

Tujuana utama YSL ini diwujudkan tidak lain hanyalah untuk merapatkan silaraturahim antara keluarga dan secara tidak lansung hubungan ini akan menjadi teras di dalam menyatupadukan kita semua sebagai makhluk Allah yang mewajibkan hubungan kekeluargaan ini berkekalan untuk selamanya.

Dengan inisiatif dan muafakat yang wujud didalam setiap perjumpaan yang dilakukan setiap tahun pada malam kedua setiap Hari Raya Puasa ahli-ahli telah bersetuju mewujudkan tabung YSL yang matlamat jangka panjangnya bagi membantu ahli-ahli keluarga yang mengalami masalah dan juga seperti yang sentiasa diingatkan oleh setiap ahli bahawa ianya munkin menjadi pemangkin didalam urusan pendidikan anak-anak ahli yang bersekolah dan juga yang ingin melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi.

Dengan kewujudan halaman Blog ini, ianya juga akan menjadikan pemangkin kepada generasi yang akan datang tentang pentingnya mengetahui salasilah keluarga agar kita mengetahui dari mana kita bermula. Halaman Blog ini juga sebagai salah satu usaha bagi mengemaskini salasilah apabila berlaku pertambahan ahli keluarga.Sekiranya ada perubahan pertambahan ahli keluarga ataupun ada pandangan serta ingin berkongsi artikel untuk dimuatkan dihalaman ini.

Salasilah Keluarga Salim.

Merupakan anak ketiga bagi keluarga Ishak dan Tok Mek. Dilahirkan pada tahun ---- Hijrah bersamaan dengan ------Masihi. Beliau dikenali sebagai Cek Leng dikalangan anak cucunya.Beliau berkahwin dengan Zainab ( Mok Jenab ) yang berasal dari Kampung Berangan. Seperti juga abang beliau Pak Do Leman mereka mendapat pendidikan tidak formal di Pondok Tok Selehor Kg Kok Pasir yang merupakan ulama' tersohor pada waktu itu. Semasa mudanya beliau mengusahakan bendang padi dan merupakan tukang rumah yang dikenali pada zamannya.Bersesuaian dengan ilmu agama yang dipelajari dari Tuan Guru Tok Selehor beliau menjadi rujukan sekiranya terdapat permasalahan dari sudut agama.

Cek Leng dikurniakana anak yang ramai iaitu 5 perempuan dan 5 lelaki ( Mok Lijah, Yunus, Minah, Jusoh, Bidah, Mohamad, Mohd Noor, Maimunah, Zaharah dan Mohd Pazai ). Cek Leng menghembuskan nafas terakhir hari------1982 selepas Asar ketika usia beliau menjangkau-----------tahun.Beliau dikebumikan di kubur Tok Selehor Kg Kok Pasir. Manakala Mok Jenab pula meninggal dunia pada tahun 1990 dan dikebumikan di kubur Kg Berangan.

Salasilah Keluarga Sulaiman.

Merupakan anak sulong bagi keluarga Ishak dan Tok Mek. Dilahirkan pada tahun ---- Hijrah bersamaan dengan ------Masihi. Beliau dikenali sebagai Pak Do Leman dikalangan anak cucunya.Beliau berkahwin dengan Kak Nik Som dan dikurniakan 4 orang anak ( Mok Limah, Cek Daud, Pak Ngah Mel, Pak Cu Ing ). Apabila Kak Nik Som meninggal dunia, Pak Do Leman seterusnya berkahwin dengan adik iparnya iaitu Kalsom ( Wo Som ) dan dikurniakan 3 orang anak (Rokiah, Pok Ya dan Mok Su Minah ). Pak Do Sulaiman meninggal dunia pada 1974 dan dikebumikan di tanah perkhuburan Tok Selehor di Kok Pasir. Manakala Wo Som pula Allah masih memanjangkan usia beliau dan masih sihat lagi sehingga sekarang.

Kampung Padang Tembesu


Mengikut cerita yang diceritakan dari orang tua dahulu kala, Kampung Padang Tembesu ini telah di buka lebih kurang 200 tahun yang lampau. Pada mulanya kampung ini merupakan sebuah hutan yang telah diusahakan oleh Ayah kepada Cek Pok Hok ( Ishak ) iaitu Pok Musa dan Mok Jitam dan penduduk asal. Penempatan ini seterusnya menjadi kampung kecil bagi penduduk mendirikan rumah bagi tempat berteduh dan mengusahakan tanaman padi bagi menyara kehidupan seharian. Pada mulanya Kampung Padang Tembesu ini dihubungkan dengan kampung yang terdekat adalah seperti Kampung Berangan, Kampung Alor Tar dan Kampung Cenderung Batu. Seperti juga keluarga Cek Pok Hok pekerjaan utama penduduk ini adalah sebagai petani dan bekerja kampung.
Di tengah penempatan keluarga Cek Leng dan Pak Do Leman ini terdapat sepohon pokok Asam Jawa (Celagi) yang menjadi simbol perpaduan antara kedua-dua keluarga ini. Di ceritakan pokok ini telah di tanam lebih kurang 180 tahun yang lalu ( 1820 ). Sehingga sekarang pokok Celagi ini masih wujud dan menjadi saksi setiap peristiwa pertemuan dan perjumpaan kedua-dua keluarga ini. Namun kerana usianya yang telah tua pokok ini telah rebah ke bumi pada tahun 2003.Selain bercucuk tanam dan bertanam padi, Cek Leng dan Pak Do leman ini merupakan tukang rumah yang termasyur di zamannya.