Monday, October 27, 2008

renungan

KOLEKSI MUTIARA KATA

"Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab paras yang cantik bisa pudar.. Jangan pula tertarik kerana kekayaannya, kerana kekayaan bisa sirna.. Tertariklah kepada seseorang yang boleh membuatmu tersenyum, kerana dengan senyum boleh membuat hari-hari gelapmu menjadi cerah.. Semoga kau dipertemukan orang sebegitu."

"Sesungguhnya, hanya orang yang menderita dapat menilai erti sebenar sebuah kegembiraan"

"Gantunglah cita-citamu di bintang nan tinggi walaupun kakimu terjejak di bumi ini"

"Kalaulah kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula kita menambah dukanya."

Bila kau takut, bertaawuzlah, bila kau bersalah, beristighfarlah dan bila kau bergembira, bertahmidlah, semoga hidupmu diberkati Allah"

"Berdoalah agar hari ini akan berganda, dan lebih baik dari hari semalam... Semoga kita menjadi manusia yang beruntung"

"Keikhlasanmu ibarat setitis salju putih di atas mutiara putih yang di sinari cahaya terang manakala lawannya itu ibarat setitis dakwat di atas batu hitam di malam yang kelam.. Kedua-duanya tidak dapat dijustifikasikan oleh mata kasar manusia.. Dari itu pergunakanlah mata yang dibekalkan di hatimu..."

"Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak.. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering.. Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang.. Dan persahabatan itu umpama tali, jangan biarkan ia putus.."

"Orang yang dirangsang ammarahnya tetapi dapat mengawal kemarahan itu dan bersikap HILM (tidak membalas keburukan walaupun mampu berbuat demikian) wajib mendapat kasih sayang Allah"

"Hati yang sakit bila melihat kebolehan orang lain wajib dirawat.. Takut-takut nanti ia membarah lalu merosakkan tunjang seluruh gerakan jemaah"

"Tidakkan kaya dek pujian... Tidakkan miskin dek kejian"


"Menziarahi orang sakit adalah sunat yang dituntut dan sebaiknya lakukanlah pada hari Jumaat..."

"2 mata untuk melihat, 2 telinga untuk mendengar, 2 tangan untuk menyentuh, dan 1 mulut untuk diam..."

"Orang yang bencikan Islam adalah ibarat orang yang sedang sakit, tugas kita adalah untuk merawat dan memberikan sukatan ubat yang sesuai untuk penyakitnya"

"Pintallah seurat benang senyuman di wajahmu kerana walaupun ia kecil, menjadi besar bagi yang memandang..."

"Peribadi yang berani, bukan sahaja yang sanggup menghadapi kesulitan demi kebenaran, tetapi menghadapinya tanpa kehilangan akal"

"Kita bertemu kerana Allah. Lalu kita berkasih jua kerana Allah, dan kalaulah kita membenci biarlah kerana Allah. Dan andainya kita berpisah, berpisahlah kerana Allah..."

No comments: