Wednesday, October 29, 2008

UNDANG-UNDANG KECIL YSL

UNDANG-UNDANG KECIL YAYASAN SULAIMAN & LENG ( YSL )

1.Penetapan Tarikh Mesyuarat Agung

- Tarikh mesyuarat agung ditetapkan pada setiap 2 Syawal( tertakluk pada pindaan)

2.Penutupan penyata kewangan

- Penyata kewangan hendaklah ditutup pada 29 Syaaban setiap tahun.

3.Keahlian

- Yayasan ini boleh disertai oleh oleh semua ahli keluarga Cik Leng dan Pak Da Sulaiman yang telah berkerja atau berumah tangga.

- Ahli dibahagikan kepada 2 iaitu :

i) Ahli Berbayar – iaitu ahli yang mendaftar dan membayar yuran dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

ii) Ahli Tidak Berbayar – iaitu ahli yang tidak mendaftar dan tidak membayar yuran.

4.Manfaat/Faedah sebagai ahli

- Ahli dan keluarga ahli sahaja yang akan mendapat manfaat/faedah.

- Definisi keluarga ahli - iaitu anak/anak tiri/anak angkat(secara sah dan ditanggung oleh ahli/ suami/isteri/bapa mertua/ibu mertua.

5.Yuran

- Ahli dikalangan generasi pertama(anak kepada Cik Leng dan Pak Da Sulaiman) dikecualikan membayar yuran.

- Yuran ditetapkan sebanyak :

i) Yuran pendaftaran : RM 5 ( bayaran sekali sahaja)

ii) Yuran bulanan : RM 5 sebulan / RM 60 setahun

6. Keistimewaan / Manfaat Ahli Berbayar

- Ahli berbayar akan mendapat faedah berikut :

a) Pinjaman

i) Pelajaran ( IPTA/IPTS/Asrama Penuh – RM 500

ii) Kematian – RM 300

iii) Pinjaman Individu – RM 1000

iv) Pinjaman Perniagaan – tiada had pinjaman ( tertakluk kepada kewangan YSL)

* untuk pinjaman di atas perlu mengemukakan seorang penjamin(ahli berbayar dan sanggup bertanggungjawab) serta mendapat kelulusan daripada sekurang-kurangnya 3 AJK.

** Ahli tidak berbayar akan mendapat keistimewaan di atas sekiranya menjelaskan

2 tahun yuran yang tertunggak dan mendaftarkan sebagai ahli.

b) Perkhidmatan meminjam peralatan hakmilik YSL seperti Khemah,Kerusi,meja,Pinggang-mangkuk secara percuma (kos pengangkutan ditanggung oleh peminjam).

. (Pindaan pada Mesyuarat Agung YSL pada 2/10/2008).

7.Sumbangan

- Semua ahli dan keluarga ahli tidak kira Ahli Berbayar atau Ahli Tidak Berbayar akan mendapat sumbangan berikut daripada yayasan.

(Pindaan pada Mesyuarat Agung YSL pada 2/10/2008) :

i) Sakit – tinggal di Wad sekurang-kurangnya 3 hari dalam setahun – RM 100

ii) Kematian – akan diterima oleh ahli berbayar dan tidak berbayar sebanyak RM 100.

iii)Kemalangan(tidak mendapat rawatan di hospital/ patah) – akan diterima oleh ahli berbayar sebanyak RM 100.

iv) Sumbangan Motivasi Pelajaran

-akan diterima oleh keluarga ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berikut :

- UPSR (5A) – RM 50 dan Sijil Penghargaan

- PMR (5A ke atas) – RM 75 dan Sijil Penghargaan

- SPM (5A ke atas) – RM 100 dan Sijil Penghargaan

- STPM (4P) – RM 100 dan Sijil Penghargaan

- Kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) sahaja – RM 100 dan Sijil Penghargaan.

** Diberikan kepada pelajar yang tidak menerima sumbangan atas kejayaan SPM (5A ke atas).

v) Sumbangan Haji – RM 100 semua ahli yang pergi menunaikan Fardhu Haji.

vi) Sumbangan 50% subsidi bgi bayaran kepada pelajar yang akan menduduki SPM untuk menghadiri Klinik SPM yang dianjurkan oleh pihak luar.

(Pindaan pada Mesyuarat Agung YSL pada 2/10/2008)

8. Penetapan Tempat mesyuarat Agung.

- Tempat untuk mengadakan mesyuarat agung adalah mengikut giliran kelauarga Cik Leng dan Pak Da Sulaiman dan ianya dilakukan disekitar Padang Tembesu namun bergantung permohonan daripada ahli yang bersetuju untuk dilakukan di rumah beliau.

No comments: